Tuesday, March 27, 2012

CARA PENYEMPURNANAAN SOLAT SUNAT TAUBAT

entry ni abe ri publish sbb just nk share sdikit ilmu yg abe ri baca..entry ni abe ri rujuk pada web oh!islam..ini juga atas kesedaran abe ri yg ingin mendekati Allah lebih dekat..InsyaAllah..

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Syarat-syarat taubat :

1. Ikhlas ingin bertaubat
2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
5. Dikerjakan sebelum ajal tiba.

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat :

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.

Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya

Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)

Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.

Cara melaksanakan solat taubat :

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;

Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail

1. Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)

2. Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.

3. Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.

4. Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),



Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,



Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,



Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

Monday, December 26, 2011

SYURGA CINTA

Jodoh Itu Rahsia ALLAH, Sweet Kan ALLAH, DIA Nak Bagi Kejutan Dekat Kita..
☻ ♥ ☻
/█\ /█\
.|| ..||.



SEKUAT mana saya SETIA...
SEHEBAT mana saya MERANCANG...
SEJAUH mana saya MENUNGGU...
SEKERAS mana saya BERSABAR...
SEJUJUR mana saya MENERIMA AWAK...



Jika ALLAH Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama..Kita Tetap Tidak Akan Bersama..Tiada Yang Kebetulan Melainkan Semuanya Telah Dirancang..Dan Sebaik Baik Yang Merancang Itu Adalah ALLAH s.w.t., Maha Perancang Segalanya :)

smoga dia adalah jodoh yang terbaik buatku(")(")

Wednesday, September 21, 2011

MAHASISWA BARU UniMAP..

Bermula 4 sept 2011..ak dah daftarkn diri ak sebagai mahasiswa baru unimap...
wahhh..bangga jgk r bla bergelar bakal pemegang ijazah sarjana muda..kejuruteraan plk 2...hahaha..



ak rsa mcm mimpi plk bla da msuk alam ijazah ni..bkn nk bgga ke aper..tp klu fikir2..ikut zaman skolah dlu mmg ak xmmpu smpai tahap ni...skrg da jd kenyataan dpt buat ijazah..smua tu rezeki dari Allah swt..alhamdulillah..insyaAllah da dpt ni..ak nk usahakan btol2..amin...

so far..seronok blajar n dapat bersama kawan2 lama n dapat kawan baru yg best2...hehe
(^_^)

Sunday, August 8, 2010

TRIP KE LANGKAWI

03 AUGUST 2010

hari ini selasa kami bertolak g langkawi...kul 9.30pg nek feri kt jeti kuala perlis.. sampai sna kul 10.45pg lebih kurg..kami amek package percutian rm48 sorg..ni termasuk penginapan, sewa van n nek bot g jenjalan ke 3 buah pulau..mkn2 sndiri pya...


ni tym kitorg kt jeti kt langkawi...

sampai kt jeti ni..kitorg p amek van sewa utk g ke tmpat penginapan...kitorg menginap kt pntai cenang..bilik kitorg btol2 tepi pntai...ade 2 katil yg bleh muat 6 org tp duk 8org..haha..org bujang biase r..haha..



aktiti utk hari ni..kitorg g nek cable car..700meter dr paras laut..
best gler ckp..mmg cntik skali pemandangn atas sna..penat jalan2 nek turun cable car smpai peluh2 ape smua...kitorg pn g mndi kt air terjun telaga tujuh..fuh..sejuk gler air..jernih plk 2..tp gmbr xleh la nk upload..malu kokram...hahaha



04 AUGUST 2010

Ini hari lg best..kitorg jenjalan xnek van..tp nek boat...g jenlalan tgk pemandangan d 3 buah pulau...pulau dayang bunting, pulau beras basah dan 1 lg pulau nama aper ntah yg byk burung helang...aku pn lpa..haha



Ni part yg paling best...mndi air pantai..masin gler...hahaha.. kitorg dbawa utk maen air pntai kt pulau beras basah..byk batu karang la..clap2 terpijak bley luka kaki...
sejam jer mndi kt sna..tgh hari la ktakn panas la..duk lama2 bley jd negro r..haha

style gler picture nie...

blek dr sna..kitorg mndi2 smyg, mkn aper smua..kito kluar pusing2 1 langkawi...mula2 g kt pdg matsirat..kt ctu ade kampung nma beras terbakar...barang pn murah la jgk kt ctu..shopping2 ckit..kitorg gerak g mkm mahsuri tp sayang dh nk tutp..so, xleh masuk..kitorg pn pegi la lepak kt pantai tnjung rhu..tgk matahari terbenam..mmg cntik..indah sgguh ciptaan tuhan yg Maha Esa ni kn...



mlm plk kitorg tdo kt surau jer tp surau kt chalet 2 jgk...kitorg chek in 1 mlm jer...so, tdo la kt surau..ade yg tdo dlm van..tp sblm tu kitorg g lepak kt dataran lang..snap2 picture cket...



05 AUGUST 2010

5hb ni kitorg nk balek dh ler..kitorg g borong coklat dlu kt kedai Haji Ismail Group..murah plk dia jual coklat berbnding ngn tempat2 biasa..patut la klu blek jer lgkawi mst org tya..mna coklatnya..xkn blek lgkawi xbli coklat kot..haha..tgk la pic ni..pakat pegang plastik yg penuh ngn coklat 2..haha..



lpas anta van..kitorg pn bli tiket nk blek daaa...nek feri kul 11.15 sampai kt jeti kuala perlis kul 12.15 lebih kurg..agk best jgk la p sna...bila la nk ag ea..

Saturday, October 31, 2009

Ini adalah krew2 yg telah terlibat dalam program BBQ peringkt sea gate..hehhe..
BBQ ( 29/10/2009 )